Friday, 14 February 2014

JEJAKA KIDAL


" Bro, aku baru perasan yang kau menulis guna tangan kidal "

Itu kata kawan sekerja aku bila nampak aku menulis menggunakan tangan kidal. Dah dekat 2 bulan dia bekerja bersama-sama aku tapi baru hari nie dia perasan. Memang ketinggalan mamat sorang nie padahal hari-hari aku menulis menggunakan tangan kidal.

Kawan-kawan selalu kata orang kidal nie kreatif dan pandai melukis. Mungkin betul tanggapan itu tetapi bukan semua orang dianugerahkan kebolehan sebegitu. Buktinya aku. Aku tak kreatif dan tak pandai melukis pun sehingga ke hari ini. Cuma satu sahaja yang boleh dibanggakan iaitu tulisan aku cantik dan kemas. Ini fakta bukannya auta sebab suatu ketika dahulu ramai cikgu yang memuji tulisan aku cantik berbanding tulisan kawan-kawan lelaki yang lain...hohoho...Safwan, tolong jangan bangga diri...itu semua penyakit hati !!!

Kawan-kawan juga kata orang kidal nie bijak mengira. Bijaklah sangatkan...Mungkin juga yang bijak itu orang lain, bukannya aku. Baru-baru nie ada anak jiran bertanyakan soalan matematik form 3, tu pun aku dah blurrr dan terkial-kial nak menjawab. Buat malu saja, tapi serious sebenarnya aku memang suka subjek yang melibatkan pengiraan seperti matematik, statistik dan akaun. Sampai sekarang pun aku still bermain dengan nombor di tempat kerja...

Menjadi orang kidal ada kekurangannya juga. Banyak masalah yang aku hadapi. Nak pegang sudu guna tangan kanan payah. Nak gunting kertas pun payah. Nak guna peralatan dapur dan pertukangan lagilah masalah. Banyak lagilah masalah-masalah lain yang aku hadapi. Tapi itu semua dahulu...sekarang alah bisa tegal biasa...Bila diingat kembali kenangan dulu-dulu rasa nak tergelak pun ada, sedih pun ada juga...

Walaupun aku menulis menggunakan tangan kidal, menyikat rambut menggunakan tangan kidal, bermain badminton menggunakan tangan kidal tapi aku tetap makan dan menyepak bola menggunakan kaki kanan... Aku bangga dan bersyukur...Alhamdulillah...

1 comment: