Wednesday, 9 April 2014

SESUATU YANG TAK DISANGKA


 " Sesuatu yang tak disangka...seringkali mendatangi kita...itukah suratan dalam kehidupan...atau hanya satu kebetulan...kita asyik membicarakan...persoalan hidup dan pilihan...sedang kejujuran semakin berkurang...masih tiada bertemu jawapan..."

Lirik lagu suratan atau kebetulan oleh Kenny Remy Martin. Lagu lama yang tak jemu aku dengar. Lagu lama yang banyak meninggalkan sejuta kenangan...Beginilah petang Rabu tanpa sebarang aktiviti. Layan lagu sambil mengimbau kembali kenangan lama yang telah berlalu pergi....jiwangkah aku??? oh tentunya tidak sama sekali...
...



Wednesday, 19 February 2014

HAKIKAT SEBUAH KEJAYAAN


kejayaan abadi dan kebahagian hakiki....
memerlukan pengorbanan dan kesungguhan...
cekal serta tabah mengharungi dugaan...
segala pahit manis perlu ditelan...
jangan sesekali patah semangat...
hidup perlu diteruskan walaupun payah....

suka duka bakal membawa perubahan yang akan melakar kuntuman senyuman


Tuesday, 18 February 2014

Sunday, 16 February 2014

EMOJI...EMOJI...

Malam semalam aku gila bermain game Guess the Emoji. Baru install lah katakan...tu yang semangat bermain sampai tidur dekat pukul 2 pagi. Semangat memikirkan jawapan dengan kepala otak aku sendiri. Tapi malam nie aku dah pun uninstall game tu. Sebab apa aku uninstall ?? sebab aku rasa dah tak mencabar...sebab apa dah tak mencabar ??  sebab dah ada jawapan bila aku google. Bila dah ada jawapan, semangat nak mencari jawapan sendiri terus hilang, baik aku terus tiru je kan....senang kerja aku. Tak payah memikirkan jawapan. Tak payah minta tolong kawan-kawan. Tak payah habiskan duit yang aku kumpul untuk beli hint. Aku tak sure game nie sampai level berapa...tapi yang aku tahu jawapan diberi sampai level 25....


# mood mencari game baru di malam hari...hohoho...

Friday, 14 February 2014

PRAY




Keep prying to Allah...Remember that dua is something that we always have...Salam Jumaat...

JEJAKA KIDAL


" Bro, aku baru perasan yang kau menulis guna tangan kidal "

Itu kata kawan sekerja aku bila nampak aku menulis menggunakan tangan kidal. Dah dekat 2 bulan dia bekerja bersama-sama aku tapi baru hari nie dia perasan. Memang ketinggalan mamat sorang nie padahal hari-hari aku menulis menggunakan tangan kidal.

Kawan-kawan selalu kata orang kidal nie kreatif dan pandai melukis. Mungkin betul tanggapan itu tetapi bukan semua orang dianugerahkan kebolehan sebegitu. Buktinya aku. Aku tak kreatif dan tak pandai melukis pun sehingga ke hari ini. Cuma satu sahaja yang boleh dibanggakan iaitu tulisan aku cantik dan kemas. Ini fakta bukannya auta sebab suatu ketika dahulu ramai cikgu yang memuji tulisan aku cantik berbanding tulisan kawan-kawan lelaki yang lain...hohoho...Safwan, tolong jangan bangga diri...itu semua penyakit hati !!!

Kawan-kawan juga kata orang kidal nie bijak mengira. Bijaklah sangatkan...Mungkin juga yang bijak itu orang lain, bukannya aku. Baru-baru nie ada anak jiran bertanyakan soalan matematik form 3, tu pun aku dah blurrr dan terkial-kial nak menjawab. Buat malu saja, tapi serious sebenarnya aku memang suka subjek yang melibatkan pengiraan seperti matematik, statistik dan akaun. Sampai sekarang pun aku still bermain dengan nombor di tempat kerja...

Menjadi orang kidal ada kekurangannya juga. Banyak masalah yang aku hadapi. Nak pegang sudu guna tangan kanan payah. Nak gunting kertas pun payah. Nak guna peralatan dapur dan pertukangan lagilah masalah. Banyak lagilah masalah-masalah lain yang aku hadapi. Tapi itu semua dahulu...sekarang alah bisa tegal biasa...Bila diingat kembali kenangan dulu-dulu rasa nak tergelak pun ada, sedih pun ada juga...

Walaupun aku menulis menggunakan tangan kidal, menyikat rambut menggunakan tangan kidal, bermain badminton menggunakan tangan kidal tapi aku tetap makan dan menyepak bola menggunakan kaki kanan... Aku bangga dan bersyukur...Alhamdulillah...

Wednesday, 12 February 2014

HARGAILAH


Belajar untuk menghargai sesuatu sebelum ia pergi dari sisi. Hal ini demikian kerana kita selalu terlupa bahawa setiap apa yang  ada di sisi kita adalah sesuatu yang cukup bermakna dan berharga. Buka pandangan mata dan hati seluas-luasnya. Kita akan ketahui apa yang patut dan perlu kita hargai...



Tuesday, 11 February 2014

AKU YANG TERSAKITI

Ada yang menderita kerana kehilangan dan ada pula yang bergembira kerana kehadiran. Itulah resam kehidupan....

Kesedihan dan kegembiraan insan lain adalah ujian buat kita manakala kesedihan dan kegembiraan kita pula adalah warna warni kehidupan yang Allah tetapkan...

Layannnn...........


Monday, 10 February 2014

PENATNYA BEKERJA

Hari Isnin adalah hari yang paling memenatkan berbanding hari-hari lain...Ye ke ??? Sama saja sebenarnya. Setiap hari memenatkan. Adat bekerja macam tulah. Segala penat lelah perlu ditelan demi mencari sesuap rezeki. Betul tak??? 

Imam Syafie pernah berkata " berpenat lelahlah kamu kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah kamu berdukacita kerana hidup ini meletihkan sebab demikian hidup ini diciptakan"

Berpegang pada kata-kata Imam Syafie tu, penat macam mana sekalipun aku kena bersemangat sebab kerja adalah ibadat dan juga suatu jihad.

ASSALAMUALAIKUM...




Alhamdulillah....selepas berhempas pulas beberapa jam mengadap laptop akhirnya siap juga blog aku nie...yeahhh, aku dah ada blog!!! gumbiranya...hahaha...kenapa aku gumbira?? kerana aku sudah ada tempat untuk meluahkan rasa di sepanjang coretan masa...hahaha...sekian_

Awkward..awkward to write..